PMX hadir Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Parlimen ke-15

Wartawan JM
19 JAN. 2026

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Parlimen ke-15 pagi tadi yang disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Anwar berkata Titah Tuanku menegur keras amalan rasuah yang sistemik dan telah berakar umbi, yang mesti diperangi habis-habisan kerana ancamannya terhadap kebajikan rakyat, keselamatan negara serta integriti pentadbiran, malah disifatkan sebagai pengkhianatan kepada negara.

Jelas beliau Tuanku turut menzahirkan keperluan memperkukuh reformasi institusi demi mempertegaskan sistem demokrasi, di samping melaksanakan reformasi pendidikan yang berteraskan Dasar Pendidikan Kebangsaan, serta menggesa semua pihak memelihara perpaduan antara wilayah.

“Moga persidangan kali ini akan membawa lebih banyak manfaat kepada rakyat dan negara dari sudut perkembangan ekonomi dan kemajuan negara tercinta kita semua, dengan hendak-Nya, Insya-Allah,” kata beliau dalam perkongsian di FB. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *