




20 Jan 2026
Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar menggariskan Empat Misi Pelaksanaan Pantas 2026 sebagai fokus utama perkhidmatan awam bagi meneruskan pelaksanaan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) secara lebih cekap dan berimpak.
- Misi Pertama, percepatkan strategi perancangan dan pelaksanaan pantas, menetapkan semua perancangan strategik kementerian dan jabatan, termasuk penyaluran awal peruntukan, diselesaikan sebelum 15 Februari 2026. Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Kementerian (JTPK) Bilangan 1 wajib diadakan selewat-lewatnya 31 Januari 2026, selain peluasan pelaksanaan DEEP kepada Ketua Perkhidmatan dan Ketua Jabatan mulai suku kedua 2026. Tumpuan turut diberikan kepada pelaksanaan projek kecil berimpak segera, penambahbaikan kos, penyelenggaraan sekolah termasuk sekolah daif serta sokongan kepada perolehan produk tempatan.
- Misi Kedua, permudahkan urusan rakyat, menekankan penghayatan prinsip βmudahkan urusan rakyat, jangan susahkanβ serta pelaksanaan konsep βno wrong door policyβ. Penggunaan fasiliti kerajaan juga perlu dioptimumkan bagi program yang melibatkan rakyat di bandar dan luar bandar.
- Misi Ketiga, perhebatkan pelaksanaan ARPA, memberi fokus kepada Reformasi Budaya Kerja (RBK) melalui pembudayaan etos kerja berteraskan disiplin, kecekapan dan kemampanan. Ini merangkumi mesyuarat yang ringkas dan berfokus, layanan mesra pelanggan, amalan penjimatan sumber, pendigitalan urusan pentadbiran secara menyeluruh, pemanfaatan kecerdasan buatan (AI), serta penetapan sasaran penyelesaian 500 projek RKB pada tahun 2026.
- Misi Keempat, perkasakan pelaksanaan komunikasi total, mengkehendaki penglibatan aktif Unit Komunikasi Korporat dalam pembangunan dasar serta penyampaian maklumat kepada rakyat menggunakan bahasa yang mudah difahami. Semua isu berkaitan Kerajaan perlu ditangani secara pantas, tepat dan berfakta bagi mengelakkan persepsi negatif.
@shamsulazri.abubakar
@malaysiapmo
