πŒπ„πŒππ„π‘π‚π„ππ€π“ ππ„π‹π€πŠπ’π€ππ€π€π 𝐃𝐀𝐍 πŒπ„πŒππ„π‘π‡π„ππ€π“ π‘π„π…πŽπ‘πŒπ€π’πˆ πŒπ„ππ”π‰π” ππ„π‘πŠπ‡πˆπƒπŒπ€π“π€π π€π–π€πŒ ππ„π‘ππ‘π„π’π“π€π’πˆ π“πˆππ†π†πˆ

PUTRAJAYA, 21 Januari 2026 – YBhg. Datuk Abd Shukor bin Mahmood, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri (TKSUK JPM) menekankan peningkatan kualiti perkhidmatan awam melalui digitalisasi sistem dan pelaksanaan inisiatif kebajikan rakyat seperti Sumbangan Tunai Rahmah, Sumbangan Asas Rahmah (SARA), peruntukan menaik taraf sekolah, dan program Jualan Rahmah MADANI.

Seiring dengan Amanat Perdana Menteri dan Amanat Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tahun 2026 bertemakan β€œMempercepat Pelaksanaan, Memperhebat Reformasi”, beliau menggariskan empat Misi Pelaksanaan Pantas 2026 iaitu Percepatkan Strategi Perancangan dan Pelaksanaan Pantas, Permudahkan Urusan Rakyat, Perhebatkan Pelaksanaan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) dan Perkasakan Pelaksanaan Komunikasi Total. Fokus ini menjadi asas kepada akauntabiliti diri, budaya kerja berintegriti, dan amalan berprestasi tinggi.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada warga JPM atas pencapaian Indeks Komposit SPAN 2025 sebanyak 89.4% serta kejayaan program KSN Media Strike Challenge 2026. Penekanan juga diberikan kepada penyelesaian penilaian MyPerformance 2025, pematuhan Dasar Pembangunan Bakat Perkhidmatan Awam 2025, dan pengurusan kewangan berkesan selaras Peruntukan Belanja Mengurus JPM 2026.

Dalam menutup amanat, beliau menegaskan kepentingan integriti, amanah, dan pematuhan undang-undang sebagai teras kredibiliti perkhidmatan awam. Beliau menyeru seluruh warga PAJPM untuk melakukan muhasabah diri, memperbaiki kelemahan sedia ada, melaksanakan dasar kerajaan secara konkrit dan pantas.

Foto oleh: Muhammad Faiz bin Norzani (Pejabat TKSUK) dan Nurul Intan Syafina binti Mohamad (UKK JPM

JabatanPerdanaMenteri

RancakkanMADANI

MalaysiaMADANI

MADANIBekerja

TaatSetia

@shamsulazri.abubakar
@malaysiapmo

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *