






SELANGOR, 19 Januari 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat ke Rumah Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Udara di Rejimen TUDM Jugra di sini hari ini
Keberangkatan Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku disambut Pengerusi Jemaah BAKAT Udara, Datin Sri Hajah Wan Nor Sazlina binti Wan Abd Shukor.
Pada lawatan berkenaan, Paduka Baginda turut berkenan menyaksikan aktiviti yang dilaksanakan oleh ahli BAKAT antaranya penghasilan sabun serta pelembab bibir dari bahan madu kelulut.
Paduka Baginda turut berkenan menyantuni ahli BAKAT yang hadir serta bergambar kenangan sebelum berangkat ke Jamuan Diraja.
Keberangkatan Paduka Baginda ke TUDM Jugra adalah sempena mengiringi lawatan kerja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah selaku Kolonel Yang Dipertua Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). – KESULTANAN PAHANG
———
HRH THE TENGKU AMPUAN OF PAHANG GRACIOUSLY VISITS THE BAKAT HOUSE, RMAF JUGRA REGIMENT
SELANGOR, January 19, 2026 – Her Royal Highness the Tengku Ampuan of Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj, graciously visited the Rumah Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Udara at the Royal Malaysian Air Force (RMAF) Jugra Regiment today.
Her Royal Highness was welcomed by the Chairperson of the BAKAT Udara Committee, Datin Sri Hajah Wan Nor Sazlina binti Wan Abd Shukor.
During the visit, Her Royal Highness graciously observed activities carried out by BAKAT members, including the production of soap and lip balm made from stingless bee honey.
Her Royal Highness also graciously interacted with the BAKAT members present and posed for commemorative photographs before proceeding to the Royal Luncheon.
Her Royal Highness’s visit to RMAF Jugra was in conjunction with accompanying the official working visit of His Royal Highness the Sultan of Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah, in his capacity as the Honorary Colonel-in-Chief of the Royal Malaysian Air Force (RMAF). -KESULTANAN PAHANG.
