



Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
22 JAN. 2026
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesa semua Kementerian, Agensi dan pihak swasta di peringkat persekutuan, negeri dan daerah terus memperkukuh kerjasama agar tiada rakyat yang keciciran dalam usaha menuju negara maju.
Jelas beliau lagi isu-isu pelaksanaan yang masih menekan hendaklah terus segera ditangani oleh penjawat awam berdasarkan kebijaksanaan dan tatakelola yang ditetapkan bagi memastikan agar ia tidak membelenggu.
“Saya telah menyampaikan amanat agar fokus utama untuk memastikan penekanan kepada pelaksanaan segera projek-projek pembangunan dan kesejahteraan rakyat secara berkesan dan menyeluruh dapat dirasai rakyat pelbagai kaum di negara ini dalam jangka masa yang panjang,” kata beliau dalam perkongsian di FB.
Sebelum itu Anwar telah mengadakan perjumpaan bersama pengurusan tertinggi Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) dari ibu pejabat dan wakil dari semua negeri, petang semalam. – JM
