







Ipoh, Perak, 23 Januari 2026 (Jumaat) – YDH CP Datoβ Hussein Omar Khan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman melalui satu sidang media memberitahu, JSJN Bukit Aman dengan kerjasama JSJN Kontinjen Perak telah berjaya membongkar sebuah stor penyimpanan dadah dalam satu operasi khas yang dilancarkan pada 16 Januari 2026 di sekitar Ipoh, Perak.
Hasil serbuan ke atas sebuah rumah banglo, polis telah menahan dua (2) individu disyaki, dipercayai terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah yang didalangi oleh sindiket antarabangsa. Pemeriksaan lanjut membawa kepada rampasan dadah dan bahan berkaitan seperti berikut:
β’ Dadah disyaki Methamphetamine seberat 843.33 kilogram
β’ Cecair dan serbuk disyaki bahan kimia seberat 679.22 kilogram
β’ Pelbagai peralatan memproses dadah
β’ Bahan berbentuk ketulan simen mengandungi dadah disyaki MDMA seberat 618.24 kilogram
Jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM37.3 juta dan berpotensi merosakkan seramai 8.4 juta orang.
Sindiket ini dipercayai aktif sejak Disember 2024 dan menggunakan warganegara asing sebagai koordinator, dengan menyewa kediaman elit sebagai lokasi strategik penyimpanan sebelum diedarkan ke pasaran tempatan dan antarabangsa.
Ujian saringan awal air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis Methamphetamine. Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup serta sebatan jika sabit kesalahan.
JSJN turut mengesan seorang lelaki warganegara China dengan kerjasama agensi rakan luar negara, dipercayai mempunyai rekod kesalahan dadah di Hong Kong.
Kejayaan ini adalah hasil risikan berterusan JSJN serta maklumat daripada orang awam.
Polis Diraja Malaysia tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah yang mengancam keselamatan dan kesejahteraan negara.
Turut hadir, YDH Datuk Mat Zani@Mohd Salahuddin bin Che Ali, Timbalan Pengarah Narkotik (Risikan/Operasi), YDH DCP Mohammad Azlin Bin Sadari, Timbalan Ketua Polis Perak, YDH SAC Datuk Dr Jasmirol bin Jamaluddin, Ketua Penolong Pengarah Narkotik (Risikan/Operasi), YDH SAC Razlam Bin Ab Hamid, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPK Perak, YDH ACP Gabriel Anak Risut, Penolong Pengarah Narkotik (Risikan Zon I), YDH ACP Lee King Chuan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPK Perak, YDH ACP Abang Zainal Bin Abang Abidin, Ketua Polis Daerah Ipoh, ASP Mohd Rozaidi Ramli, Pegawai Penyiasat Kes BSJND IPD Ipoh serta wakil pegawai kanan JSJN Bukit Aman dan JSJN IPK Perak.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dadah boleh menyalurkannya melalui Hotline JSJN: 012-208 7222.
Dadah adalah musuh nombor satu negara.
β¦ ππππ πππππππ πππππ, ππππππππ ππππππππ β¦
Jurugambar : KPL Mohd Khairul Azri bin Juhari
KPL Mohd Farid bin Abdullah
