




KOTA SAMARAHAN, 23 Januari – RISDA mensasarkan pelaksanaan projek tanam semula getah seluas 1,460 daripada 32-ribu hektar di Sarawak tahun ini sebagai usaha meningkatkan produktiviti dan menjamin pendapatan pekebun kecil.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang memaklumkan ia merangkumi kawasan βRubber Beltβ di Sarawak iaitu Betong, Saratok, Sarikei dan Sri Aman.
Ia juga akan dilaksanakan di Samarahan, Serian, Lawas, Limbang dan Miri yang dikenal pasti berpotensi meningkatkan hasil pengeluaran getah melalui penggunaan kaedah penanaman yang lebih sistematik.
Beliau memberitahu demikian kepada pemberita selepas menyempaikan bantuan persekolahan kepada 500 pelajar dalam Program Jom Ke Sekolah Parlimen Samarahan 2026 di Dewan Suarah Kota Samarahan hari ini.
Menurut beliau, usaha tanam semula itu penting bagi mengatasi persepsi negatif terhadap industri getah susulan harga pasaran yang rendah sebelum ini, selain memastikan pengeluaran getah dapat ditingkatkan secara mampan.
βPada tahun ini, kita akan menambah pelaksanaan skim baharu tanam semula getah melibatkan keluasan 1,460 hektar.
Pelbagai usaha pendedahan turut dilaksanakan kerana kita maklum bahawa masih wujud persepsi negatif terhadap tanaman getah, khususnya susulan harga pasaran yang terlalu rendah sebelum ini. Namun, pada pandangan kita, industri getah sebenarnya berupaya menjana pendapatan yang lumayan sekiranya diusahakan secara terancang dan mengikut kaedah penanaman yang betul, sekali gus meningkatkan hasil pengeluaran.β katanya.
MENYOKONG INISIATIF
Katanya, ia juga bagi menyokong inisiatif yang akan dilaksanaka RISDA sebagai pembeli tunggal getah pekebun kecil seluruh negara.
Walaupun belum dilaksanakan secara menyeluruh tetapi ia dah mula dilaksanakan dalam skala kecil.
Inisiatif tersebut bagi memberi peluang kepada pekebun untuk merasa harga tinggi yang ditawarkan RISDA tanpa melibatkan orang tengah.
Sumber Berita-RTM Sarawak
