KKM perlu perluas sumber ubat generik yang berpatutan melalui penerokaan pembekalan antarabangsa – PMX

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
24 JAN. 2026

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keperluan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperluas sumber ubat generik yang berpatutan melalui penerokaan pembekalan antarabangsa, bagi mengekang kos rawatan dan melindungi kepentingan rakyat.

Budaya lapuk yang membenarkan monopoli perolehan ubat mesti ditamatkan.

“KKM harus berani meneroka alternatif baharu dan mengurangkan kebergantungan kepada sumber berkos tinggi dari Amerika Syarikat dan Eropah semata-mata,” kata beliau dalam perkongsian di FB.

Terdahulu beliau merasmikan bangunan baharu Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang.

MENCERMINKAN KOMITMEN BERTERUSAN

Anwar menjelaskan ia mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam memperkasa sistem kesihatan awam negara.

“Pembukaan ini menumpukan peluasan akses, peningkatan kapasiti serta pemerkasaan mutu perkhidmatan kesihatan, khususnya bagi penduduk Seberang Perai dan kawasan sekitarnya, selaras dengan keperluan rakyat yang kian meningkat,” tambah beliau.

Beliau pturut singgung kepentingan mempergiat kempen kesedaran gaya hidup sihat, termasuk isu pengambilan gula berlebihan.

Anwar berkata Kerajaan MADANI juga beriltizam untuk terus melabur dalam prasarana kesihatan yang moden, adil dan menyeluruh demi kesejahteraan rakyat. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *