Rancangan Pendidikan Negara Tidak Wajar dipolemikkan dengan sentimen yang memecah-belahkan – PMX

24 Jan 2026

Perdana Menteri Datok Seri Anwar Ibrahim menghadiri Karnival Kebudayaan MADANI dan Kenduri Rakyat Pulau Pinang di Permatang Pasir.

PMX berkata, kehadiran serta dukungan rakyat menjadi sumber kekuatan utama kepada Kerajaan MADANI untuk terus melaksanakan dasar dan polisi yang berpaksikan kesejahteraan, keadilan dan masa depan negara.

Beliau menegaskan bahawa Rancangan Pendidikan Negara tidak wajar dipolemikkan dengan sentimen yang memecah-belahkan.

Jelas beliau lagi, pendidikan ialah agenda pembinaan negara yang menuntut kesepakatan, bukan perbalahan politik sempit yang menghakis kepercayaan dan harapan rakyat.

Ujar PMX lagi tumpuan mesti diberikan kepada peningkatan kualiti pendidikan, jaminan akses yang adil serta pembentukan insan yang berakhlak, berfikiran kritis dan berdaya saing, bermula sejak pendidikan awal kanak-kanak, selaras dengan amalan terbaik negara-negara maju.

Menurut PMX lagimKerajaan MADANI juga kekal tegas memastikan perolehan pertahanan negara dilaksanakan secara berintegriti, telus dan bebas daripada kartel serta ketirisan.

” Kes terpencil tidak boleh dijadikan alasan untuk mencemarkan reputasi Angkatan Tentera Malaysia dan pasukan keselamatan yang memikul amanah besar mempertahankan kedaulatan negara.

” Insya-Allah, saya bersama seluruh pasukan akan terus istiqamah dan berusaha sehabis daya, dengan tekad serta amanah, demi rakyat dan masa depan negara, ” kata PMX dalam perkongsian di laman media sosialnya hari ini.

MalaysiaMADANI

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *