
25 JAN 2026
(INFO RINGKAS)
Kerajaan MADANI komited memastikan tiada komuniti yang tercicir daripada arus pembangunan negara.
Melalui Inisiatif Kampung Angkat MADANI, Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama-sama Kementerian Jabatan dan Agensi Kerajaan berperanan merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar dengan memberi tumpuan kepada kesejahteraan rakyat, pembangunan komuniti dan peluang ekonomi mampan.
Sehingga kini:
β
RM200 juta telah diperuntukkan untuk pelaksanaan program;
β
RM107 juta telah disalurkan sepanjang tahun 2024;
β
219 kampung terlibat dan menerima manfaat secara langsung; dan
π― Sasaran diperluaskan kepada 500 kampung menjelang 2026
Pendekatan menyeluruh ini melibatkan kerjasama pelbagai kementerian dan agensi agar kemudahan asas, pembangunan sosial serta peluang ekonomi dapat dinikmati secara adil dan saksama oleh rakyat.
Inilah usaha berterusan Kerajaan MADANI β mendekatkan pembangunan, meningkatkan kesejahteraan rakyat, dan membina masa depan komuniti yang lebih berdaya tahan.
