
25 Jan 2026
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), terus memperkukuh usaha Smart Enforcement dalam memerangi jenayah dadah demi keselamatan rakyat.
ANCAMAN DADAH BERBAHAYA
Melalui satu operasi khas di Ipoh, Perak, JSJN berjaya membongkar sebuah stor penyimpanan dadah berskala besar dengan nilai rampasan dianggarkan RM37.3 juta, sekali gus berpotensi melindungi seramai 8.4 juta orang daripada ancaman dadah berbahaya.
Kejayaan ini mencerminkan komitmen berterusan KDN dan PDRM dalam melaksanakan penguatkuasaan yang tegas, berfakta dan berasaskan risikan, tanpa sebarang kompromi terhadap pihak yang mengancam kesejahteraan masyarakat.
KDN menyeru orang awam untuk terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti dadah demi keselamatan bersama.
π Hotline JSJN: 012-208 7222
Dadah adalah musuh nombor satu negara.
β¦ JSJN Perangi Dadah, Lindungi Generasi
