MISI BODEVAC NO 20 SKUADRON DARI TAWAU KE IPOH

Ipoh, 23 Jan 26- No 20 Skuadron telah melaksanakan misi Body Evacuation (BODEVAC) dari Tawau ke Ipoh melibatkan jenazah Allahyarham Inspektor Khairil Azhar bin Kamaruddin, yang meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri semasa latihan menyelam di Pulau Mataking, Semporna, Sabah.

Pesawat C-130H Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berlepas dari Pangkalan Udara Subang pada jam 0600H dan kemudiannya, jenazah telah diterbangkan dari Lapangan Terbang Tawau ke Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara (PLPGU), Ipoh dan telah selamat dikebumikan.

Penerbangan ini diketuai oleh Mej Shahril TUDM sebagai Komander Pesawat, Kapt Amirul TUDM, Pembantu Juruterbang, Kapt Ashroq TUDM, Jurumalim dan Kapt Amir TUDM, sebagai Jurutera Penerbangan. Turut terlibat adalah Kuartermaster Udara, PW U I Saifu, PW U II Zamzuri, Sjn Khusyairi, L/Sjn U Fitri dan Pramugari, L/Sjn U Izyan.

Seluruh warga TUDM merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *