Nilai, semangat Program Ziarah Mahabbah perlu diterjemah kepada tindakan susulan – Raja Muda Perlis

Laporan oleh Sholina Osman dari Krabi, Thailand
26 JAN. 2026

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah nilai dan semangat yang terhasil daripada Program Ziarah Mahabbah perlu diterjemahkan dalam bentuk
tindakan susulan yang berterusan, komunikasi yang konsisten
dan kerjasama yang lebih tersusun.

Baginda tegaskan ia tidak seharusnya
terhenti di sini sahaja.

“Mahabbah yang sejati
ialah mahabbah yang melahirkan manfaat, memperkukuh
perpaduan, dan memberi kesan positif terhadap masyarakat,” titah Baginda sempena Majlis Penutup Program Ziarah Mahabbah Raja Muda Perlis ke Wilayah Krabi, Thailand di Dewan Sekolah Adamee Suksa Vitaya Krabi, Thailand.

MENGETUAI DELEGASI JELAJAH

Raja Muda selaku Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mengetuai delegasi Jelajah Ziarah Mahabbah MAIPs bersama Lembaga Pengarah Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM) Sdn Bhd ke Wilayah Andaman Thailand di Krabi dari 23 hingga 25 Januari.

Baginda diiringi oleh Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Hqadir sama Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor

AGAR INSTITUSI AGAMA

Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah dalam menghadapi dunia hari ini yang begitu mencabar, beliau menasihatkan agar institusi agama terus mengangkat pendekatan yang sederhana, berhikmah dan berpaksikan nilai rahmah.

Titah Baginda program seperti ini wajar diteruskan dan diperkasakan
sebagai platform membina persefahaman, memupuk toleransi,
serta mengukuhkan imej Islam sebagai agama yang membawa
kedamaian, kesejahteraan serta rahmat.

“Saya amat bersyukur dan berterima kasih kerana diterima baik di sini sejak sekian lamanya dan berharap
hubungan erat antara MAIPs dan Majlis Agama Islam (MAI) Krabi
akan terus diperkukuhkan lagi di masa akan datang,” titah Baginda.

Pada majlis berkenaan juga Raja Muda dan Raja Puan Muda Perlis turut berkenan menyaksikan acara menandatangani Surat Niat (Lol) antara ATAM dengan tiga pemain industri di Krabi terdiri daripada pengusaha ladang ternakan kambing, spa dan kesihatan serta produk pelancongan komuniti termasuk batik dan kraf tangan.

Lol itu bertujuan mewujudkan jalinan kerjasama strategik dari segi perkongsian berkaitan kepakaran dan latihan, pelancongan dan kebudayaan, keusahawanan selain tanggungjawab sosial korporat (CSR) dalam membangunkan asnaf di Perlis. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *