
KUCHING, 26 Jan – Usaha memberi kefahaman mengenai Perjanjian Malaysia 1963, MA63 dalam kalangan Ahli Parlimen memerlukan pendekatan berterusan memandangkan tahap penerimaan yang berbeza-beza.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof berkata, walaupun penjelasan telah diberikan, terdapat Ahli Parlimen yang bersedia memahami, begitu juga sebaliknya.
βIa merupakan satu proses yang berterusan. Biasalah dalam diri kita sebagai manusia, walaupun sesuatu itu diterangkan, ada orang yang mahu memahami, dan ada juga yang tidak mahu memahami,β katanya.
Menurut beliau, proses advokasi itu penting bagi mengenal pasti sokongan sebenar dalam Dewan Rakyat, khususnya apabila sesuatu perkara melibatkan proses pengundian.
Kefahaman itu juga membolehkan perancangan strategi dibuat lebih awal, termasuk mengenal pasti jumlah sokongan yang diperlukan.
Tambahnya, sokongan amat penting bagi menentukan sama ada sesuatu usul berpotensi memperoleh majoriti dua pertiga atau sebaliknya.
Beliau memberitahu demikian kepada media selepas sesi dialog bersama Jaringan Alumni Universiti Oxford dan Cambridge di Kuching malam tadi.
Wartawan/Foto: ROSE
