PMX harap masyarakat terus hargai karya Tan Sri P.Ramlee dalam industri hiburan negara

25 Jan 2026

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap masyarakat terus menghargai karya dan sumbangan Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dalam industri hiburan negara.

Anwar berkata, karya P. Ramlee bukan sahaja hiburan semata-mata, tetapi juga cerminan nilai, budaya dan identiti seni negara.

Beliau berkata P. Ramlee turut mengajar tentang pentingnya kreativiti dan dedikasi dalam berkarya selain memberikan inspirasi kepada semua.

” Malam tadi saya berkesempatan menonton Konsert Live P. Ramlee β€œMadu Tiga” di Malaysian Philharmonic Orchestra hasil pimpinan konduktor hebat Ahmad Muriz Che Rose, bersama pasukannya yang begitu berdedikasi dan profesionalisme dalam menyampaikan persembahan muzik yang begitu mengagumkan.

” Karya-karya Allahyarham P. Ramlee bukan sahaja hiburan semata, tetapi juga cerminan nilai, budaya dan identiti seni kita, ” kata PMX dalam perkongsian di laman media sosialnya semalam.

Beliua berkata, malah seni Allahyarham mengajar pentingnya kreativiti dan dedikasi dalam berkarya selain memberi inspirasi kepada semua.

” Semoga generasi masa kini terus menghargai dan memelihara warisan seni ini serta mengenang sumbangan Allahyarham P. Ramlee dalam industri hiburan negara,” katanya lagi.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *