
SPRM NAFI DAKWAAN FITNAH DI TIKTOK
30 Jan 2026
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memandang serius satu hantaran di platform TikTok melalui akaun Justicenafisaπ€ (@misuscu.yong) yang mengandungi tohmahan serta dakwaan berunsur fitnah terhadap SPRM.
Hantaran tersebut antara lain menuduh bahawa satu βsaman palsuβ telah diserahkan oleh pegawai SPRM serta melabelkannya sebagai satu βscamβ. Dakwaan ini adalah sama sekali tidak benar, mengelirukan dan menjejaskan kredibiliti SPRM sebagai sebuah agensi penguatkuasaan undang-undang.
SPRM telah mengeluarkan tuntutan supaya permohonan maaf terbuka dibuat dan hantaran fitnah tersebut diturunkan serta-merta. Sekiranya individu berkenaan gagal mematuhi tuntutan ini, tindakan undang-undang akan diambil bagi melindungi imej dan reputasi Suruhanjaya.
Dalam perkembangan berkaitan, SPRM telah memperoleh izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara terhadap individu tersebut. Pertuduhan dijadualkan pada 5 Februari 2026 berhubung dakwaan kes rasuah berkaitan βcounter settingβ imigresen.
SPRM menegaskan bahawa semua siasatan dijalankan secara profesional dan berlandaskan undang-undang, serta mengingatkan orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih.
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA
30 JANUARI 2026
