Keputusan STAM 2025 keluar 5 Februari – KPM

Oleh: Sholina Osman
2 FEB. 2026

Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan bahawa keputusan
peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2025 akan dikeluarkan pada 5 Februari ini (Khamis).

Kenyataan media KPM memaklumkan seramai 4,443 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan STAM Tahun 2025 di 135 buah pusat peperiksaan seluruh negara.

Calon sekolah boleh memperoleh keputusan peperiksaan STAM Tahun
2025 daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10 pagi pada tarikh tersebut.

Bagi calon persendirian, calon boleh menghubungi jabatan pendidikan negeri tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan bagi memperoleh keputusan peperiksaan.

PENGURUSAN PENYERAHAN KEPUTUSAN

Pihak sekolah hendaklah memastikan pengurusan penyerahan keputusan
peperiksaan STAM Tahun 2025 kepada calon dilaksanakan secara cekap dan teratur.

Calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan
keputusan peperiksaan melalui kaedah berikut:
i. Secara dalam talian di pautan myresultstam.moe.gov.my untuk
mendapatkan slip keputusan peperiksaan STAM Tahun 2025 mulai
pukul 10 pagi pada 5 Februari 2026 (Khamis) sehingga pukul 6 petang pada 11 Februari 2026 (Rabu); dan/atau
ii. secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan
keputusan peperiksaan STAM Tahun 2025 dengan menaip
STAMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888.
Sistem ini akan diaktifkan mulai pukul 10 pagi pada 5 Februari 2026 (Khamis) sehingga pukul 6 petang pada 11 Februari 2026 (Rabu). – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *