KERAJAAN TERUSKAN KOMITMEN MEMASTIKAN PEMBAIKANCERUN DEMI KELANGSUNGAN JARINGAN PERHUBUNGAN JALAN RAYA DI FT185

GUA MUSANG, KELANTAN | 2 FEBRUARI 2026 – Kerajaan melalui Kementerian Kerja Raya (KKR) terus komited memastikan pengurusan dan pembaikan cerun di sepanjang Jalan Persekutuan dilaksanakan secara berterusan demi kelangsungan rangkaian perhubungan jalan raya, khususnya di Laluan FT185, Jalan Lojing – Gua Musang.

Susulan kejadian tanah runtuh di Seksyen 107.6 pada 3 Disember 2025 yang menyebabkan penutupan penuh laluan, KKR amat memahami kesulitan yang dihadapi pengguna jalan dan penduduk setempat akibat penggunaan laluan alternatif yang lebih jauh.

Pada 30 Januari 2026, KKR telah meluluskan pelaksanaan segera kerja pembaikan cerun secara Arahan Kerja (AK) oleh Cawangan Kejuruteraan Cerun (CKC), JKR, dengan syarikat Pintas Utama Sdn. Bhd. sebagai kontraktor pelaksana. Kerja awalan melibatkan penyiasatan tapak dan reka bentuk terperinci akan dimulakan segera, manakala kerja pembinaan dijangka bermula awal Mac 2026, termasuk pembinaan Temporary Road Diversion bagi membolehkan laluan dibuka semula kepada pengguna.

Pelaksanaan kontrak jangka panjang ini mencerminkan keprihatinan dan iltizam Kerajaan MADANI serta KKR dalam memastikan infrastruktur jalan raya yang selamat, berkualiti dan selesa demi kesejahteraan rakyat.

TangkasBertindak

KearahKesejahteraanRakyat

JasaKepadaRakyat

MYJALAN

Jalankitatanggungjawabkita

KerajaanMADANI

MADANIbekerja

KEMENTERIAN KERJA RAYA I Foto oleh Hafez Wahab

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *