PMX puji Kerajaan Johor berterusan menaik taraf aset warisan

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
3 FEB. 2026

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji usaha Kerajaan Negeri Johor atas ikhtiar yang berterusan dalam menaik taraf aset warisan.

Anwar berkata ini sejajar dengan aspirasi Tahun Melawat Johor 2026 (TMJ2026).

“Usaha ini turut menyokong agenda nasional sempena Tahun Melawat Malaysia dalam merancakkan ekonomi setempat, di samping memelihara jati diri serta sejarah bangsa,” kata beliau dalam perkongsian di FB.

BERKESEMPATAN MENGUNJUNGI MUZIUM

Anwar berkesempatan mengunjungi Muzium Diraja Abu Bakar, Johor Bahru.

Beliau berkata muzium ini menghimpunkan khazanah diraja serta warisan sejarah dan kebudayaan Kesultanan Johor yang bernilai tinggi.

Di samping kata beliau persekitaran landskap juga terpelihara elok dan menarik. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *