
4 Feb 2026
Polis Diraja Malaysia (PDRM), Johor berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah melalui rokok elektronik (vape) dalam dua serbuan berasingan di Johor Bahru.
π¬KENYATAAN YB MENTERI DALAM NEGERI
βKami tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk pengedaran dan penyalahgunaan dadah yang memudaratkan masyarakat, khususnya golongan remaja.β
β YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri
Rampasan terbesar seumpamanya di Johor ini melibatkan 3,200 unit katrij vape mengandungi dadah ketamin, 960 gram serbuk ekstasi, wang tunai serta sebuah kenderaan, dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM1.19 juta.
Sindiket ini dikesan menyasarkan golongan muda dan pengunjung pusat hiburan melalui penjualan vape berisi dadah secara tersembunyi.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan terus memperkukuh penguatkuasaan, membanteras pengedaran dadah dan memastikan keselamatan rakyat sentiasa terpelihara, khususnya dalam melindungi generasi muda daripada ancaman bahan terlarang.
π Orang ramai digesa menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa bagi membantu usaha membanteras jenayah dadah.
Sumber: Kenyataan Media Polis Diraja Malaysia (PDRM), Johor.
