RUMAH TERBUKA TAHUN BAHARU CINA SARAWAK, 17 FEBRUARI DI BCCK

KUCHING, 5 Feb – Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Sarawak akan diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching pada 17 Februari, depan.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian memaklumkan, ia akan diadakan dari pukul 10 pagi hingga 2 petang.

Tetamu kehormat ialah Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau memberitahu demikian kepada media pada Majlis Penyalaan Lampu Tahun Baharu Cina 2026 di Kucing Putih Ikonik di Padungan, Kuching.

Tahun Baharu Cina, jelasnya, merupakan waktu pertemuan keluarga dan dalam konteks Sarawak, ia turut menjadi pertemuan seluruh rakyat negeri tanpa mengira kaum dan agama.

Sambutan rumah terbuka itu juga selaras dengan aspirasi Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 yang menekankan kemakmuran, keterangkuman serta kelestarian, selain memperkukuh nilai saling menghormati dan kebersamaan dalam kalangan rakyat Sarawak.

Dalam pada itu, Datuk Bandar Kuching Selatan, Datuk Wee Hong Seng memberitahu reka bentuk kucing ikonik tahun ini mengambil inspirasi Aliran Transit Automasi.

Ia sangat serasi dengan tahun kuda yang melambangkan kemajuan, kejayaan, kepantasan dan kebebasan.

Rekaan tersebut juga melambangkan Sarawak memandang ke hadapan dan mahu rakyat Sarawak setia seperti kuda kepada kerajaan yang sedang bergerak maju.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *