๐— ๐—”๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ฆ ๐—•๐—”๐—›๐—”๐—ฅ๐—จ ๐—ฆ๐—ง๐—”๐—ฅ ๐—ง๐—˜๐—”๐—  ๐—•๐—”๐—ž๐—”๐—Ÿ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—จ๐—ž๐—จ๐—› ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—œ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ก๐—˜๐—š๐—”๐—ฅ๐—”

.
๐—ž๐—˜๐— ๐—”๐— ๐—”๐—ก, ๐Ÿฒ ๐—™๐—ฒ๐—ฏ๐—ฟ๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ โ€“ Keupayaan operasi Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bakal dipertingkatkan dengan pembinaan markas baharu pasukan itu di Kemaman, Terengganu.

Komander STAR Team, Kepten Maritim Syuzefril Mat Noor berkata, pembinaan markas berkenaan merupakan langkah strategik bagi memastikan tahap kesiapsiagaan pasukan elit tersebut sentiasa berada pada tahap optimum, khususnya dalam melaksanakan operasi penguatkuasaan dan menyelamat di perairan negara.

Tambah beliau, justeru satu mesyuarat penyelarasan awal projek telah diadakan semalam bagi membincangkan skop kerja, keperluan teknikal, susun atur tapak serta aspek keselamatan pembinaan markas berkenaan.

โ€œPenempatan markas yang lebih tersusun dan strategik akan mempercepatkan tindak balas operasi selain meningkatkan kecekapan pasukan dalam melaksanakan tugasan kritikal,โ€ katanya lagi.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan, semalam.

Mesyuarat berkenaan turut melibatkan wakil Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta pegawai kanan Maritim Malaysia bagi meneliti perancangan awal pembinaan markas tersebut.

Usai sesi perbincangan tersebut, satu lawatan tapak turut diadakan bagi menilai kesesuaian kawasan pembinaan termasuk keperluan kemudahan dan infrastruktur sokongan yang diperlukan untuk operasi taktikal STAR Team dan Unit Penyelam Maritim Malaysia.

Pembinaan markas baharu itu dijangka menjadi antara usaha penting dalam memperkukuh benteng keselamatan perairan negara, selari dengan komitmen berterusan kerajaan untuk meningkatkan keupayaan dan kesiapsiagaan penguatkuasaan di perairan negara.

MaritimeNation

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *