


Wartawan JM
7 FEB. 2026
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyampaikan Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada 338 penduduk di Pokok Sena, Kedah hari ini.
Sumbangan ini diharapkan dapat membantu meringankan penduduk yang terkesan banjir.
“Pelaksanaan majlis pemberian bantuan ini telah diselaraskan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri (ICU JPM) dengan kerjasama Pejabat Daerah, dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) selaras komitmen Kerajaan untuk memastikan kebajikan rakyat sentiasa terpelihara,” kata Saifuddin dalam perkongsian di FB.
Hadir sama Pengarah Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah Datuk Zepri Saad dan Timbalan Ketua Polis Negeri Kedah.
Deputi Komisioner Baderulhisham Baharudin. – JM
