



Oleh: Sholina Osman
7 FEB. 2026
Kerajaan MADANI dalam Mesyuarat Kabinet semalam telah bersetuju untuk memberikan potongan tol 50 peratus dari kadar tol biasa sempena Perayaan Tahun Baharu Cina 2026.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata
implikasi kewangan yang ditanggung Kerajaan bagi membayar balik pampasan kepada Syarikat Konsesi Tol yang terlibat dianggarkan berjumlah RM19.5 juta.
“Keputusan ini diambil selaras dengan agenda Kerajaan MADANI dalam menjaga perpaduan dan kesejahteraan rakyat yang merentasi kepelbagaian agama, kaum, dan kepercayaan,” kata beliau dalam kenyataan media hari ini.
PEMBERIAN DISKAUN TOL
Alexander berkata pemberian diskaun tol 50 peratus ini diharap dapat meringankan beban kos perjalanan rakyat Malaysia yang merancang perjalanan untuk pulang ke kampung halaman bagi meraikan sambutan Tahun Baharu Cina bersama ahli keluarga atau bercuti untuk menyambut awal Ramadan.
Beliau berkata pelaksanaan diskaun ini akan bermula pada pukul 12.01
tengah malam, 14 Februari 2026 (Sabtu) dan berakhir pada pukul
11.59 malam, 15 Februari 2026 (Ahad).
Beliau menjelaskan inisiatif ini tertakluk kepada kenderaan persendirian Kelas 1 di semua plaza tol serta Kelas 2 bagi Jambatan Pulau Pinang, namun ia dikecualikan bagi plaza tol di sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Plaza Tol Tanjung Kupang Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA).
MENGELAKKAN PENUMPUAN TRAFIK
“Pemilihan tarikh tersebut bertujuan mengelakkan penumpuan trafik pada hari perjalanan selain mengoptimumkan pengoperasian dan penyelarasan logis-tik tambahan di sepanjang kawasan hentian sebelah serta kawasan Rehat dan Rawat (RSA) di lebuh raya,” tambah beliau.
Semua pengguna lebuh raya diharapkan dapat memanfaatkan pengurangan kadar tol ini dengan sebaiknya dan merancang perjalanan dengan sewajarnya bagi menge-lakkan kesesakan lalu lintas.
Pengguna disarankan memuat turun aplikasi MyPLUS-TTA dan TuJu Highway Navigation App LLM untuk mendapatkan cadangan jadual waktu perjalanan bagi meningkatkan aspek keselamatan dan keselesaan pemanduan.
SENTIASA MEMATUHI ARAHAN
Selain itu, semua pengguna jalan raya dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi arahan papan tanda, had laju, dan maklumat yang dipaparkan di Variable Mes-sage System (VMS).
Bagi mereka yang menggunakan lorong Smart Lane, anda diminta memberi isyarat awal sebelum memasuki lorong tersebut, memandu dengan kelajuan ditetapkan, dan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling.
Semua pengguna lebuh raya diharapkan dapat memanfaatkan pengurangan kadar tol ini dengan sebaiknya dan merancang perjalanan dengan sewajarnya bagi menge-lakkan kesesakan lalu lintas.
MEMUAT TURUN APLIKASI
Pengguna disarankan memuat turun aplikasi MyPLUS-TTA dan TuJu Highway Navigation App LLM untuk mendapatkan cadangan jadual waktu perjalanan bagi meningkatkan aspek keselamatan dan keselesaan pemanduan.
Selain itu, semua pengguna jalan raya dinasihatkan supaya sentiasa me-matuhi arahan papan tanda, had laju, dan maklumat yang dipaparkan di Variable Mes-sage System (VMS).
Bagi mereka yang menggunakan lorong Smart Lane, anda diminta memberi isyarat awal sebelum memasuki lorong tersebut, memandu dengan kelajuan ditetapkan, dan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling.
MENYEMAK STATUS TRAFIK
Pengguna juga disarankan untuk menyemak status trafik semasa atau sebarang insiden di lebuh raya melalui saluran rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia di Face-book, aplikasi X, TikTok, atau menghubungi Pusat Pengurusan Trafik LLM di talian 1-800-88-7752.
Maklumat tambahan juga boleh didapati melalui laman sesawang rasmi LLM untuk paparan CCTV serta WhatsApp Channel LLM Info Trafik. Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina 2026 dan semoga semua pengguna sampai ke des-tinasi dengan selamat bagi memaknai pengertian sebenar sambutan perayaan kali ini. – JM
