
Sumber: BERNAMA
8 FEB. 2026
Sebanyak 1,493 kandungan berkaitan isu agama, raja dan kaum (3R) berjaya diturunkan setakat ini hasil pemantauan rapi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama pengendali platform global.
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata tindakan itu merupakan sebahagian daripada maklum balas terhadap 2,486 aduan yang dikemukakan bagi memohon penurunan kandungan sensitif bagi tempoh 1 Jan 2025 hingga 31 Jan 2026.
Beliau berkata meskipun rakyat mempunyai hak untuk bersuara sebagaimana diputuskan Mahkamah Persekutuan baru-baru ini, ia tidak memberikankebebasan mutlak untuk melakukan fitnah atau mencetuskan provokasi melampau, khususnya yang menyentuh sensitiviti 3R.
