7 Feb 2026

Perdana Menteri Datok Seri Anwar Ibrahim hari ini hadir ke Pemukiman Setiausaha Akhbar dan Ketua Komunikasi Korporat bagi memperkukuh peranan mereka sebagai barisan hadapan komunikasi kerajaan.

” Saya titipkan pesanan bahawa tanggungjawab mereka bukan sekadar menyampaikan maklumat, tetapi memastikan setiap dasar dan agenda negara diterjemah dengan jelas, tepat dan berintegriti kepada rakyat.

” Kerajaan dan rakyat perlu sentiasa didekatkan umpama sebuah jambatan yang kukuh, agar kerajaan dapat terus berfungsi dengan berkesan demi kepentingan rakyat hatta dalam konteks ini, mereka memainkan peranan penting sebagai penghubung utama antara pentadbiran dan masyarakat, ” kata PMX dalam perkongsiannya di laman media sosial hari ini.

Beliau mengingatkan peserta untuk cakna dan peka akan pelbagai bentuk serangan yang cuba digerakkan dengan menyediakan hujah serta justifikasi yang tegas kerana negara ini harus tertegak dengan fakta, bukan sentimen yang merosakkan.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *