




7 Feb 2026
Hubungan dua hala antara Malaysia dan India kini mencapai tahap bersejarah, dipacu oleh momentum baharu dalam kerjasama ekonomi serta hubungan peribadi yang kukuh antara kedua-dua ketua kerajaan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau “sangat teruja” dan menghargai lawatan rakan sejawatnya dari India, Narendra Modi, yang menunjukkan hubungan antara kedua-dua negara kini semakin kukuh.
DIPLOMATIK KEPADA HASIL NYATA
Menyifatkan Modi sebagai “sahabat baik”, Anwar berkata beliau bertuah mempunyai hubungan peribadi rapat dengan pemimpin India itu, yang berjaya menjelmakan niat diplomatik kepada hasil nyata.
“Ini bukan sekadar kenyataan retorik, tetapi telah membuahkan hasil.
“Perdagangan dua hala antara kedua-dua negara mencecah hampir USD19 bilion pada 2025, dengan India kini antara rakan dagang utama Malaysia,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada acara anjuran komuniti India di Malaysia di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MIECC), hari ini.
Sementara itu, PMX sendiri
menyambut ketibaan Perdana Menteri India, Narendra Modi di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
PM Modi turut dipertontonkan dengan persembahan kebudayaan yang menampilkan keindahan warisan seni dan kepelbagaian budaya Malaysia.
Usai di KLIA, kedua pimpin negara ini terus ke Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Mines (MIECC) bagi sesi ramah mesra bersama komuniti India, satu detik bermakna yang mencerminkan hubungan erat berteraskan sejarah, kepercayaan dan aspirasi bersama.
Sumber berita : BERNAMA
