Perdana Menteri India Diberi Sambutan Rasmi Di Kompleks Perdana Putra

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
9 FEB. 2026

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan Perdana Menteri India, Narendra Modi untuk istiadat sambutan rasmi di Perdana Putra, Putrajaya sempena lawatan rasmi dua hari ke Malaysia pada 7 dan 8 Februari.

Ketibaan Modi pada 9.08 pagi, 8 Februari disambut oleh Anwar dengan majlis dimulakan dengan persembahan lagu kebangsaan kedua-dua negara.

PM India ini kemudian memeriksa kawalan kehormatan yang terdiri daripada tiga pegawai dan
103 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (Istiadat) yang diketuai oleh Mejar Muhamad Nur Addeen Mustaza, manakala pancaragam diketuai oleh Kapten (Dom) Mohd Fahmy Harun daripada Pancaragam Pusat Rejimen Renjer Diraja.

Turut hadir Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, Menteri Digital Gobind Singh Deo, Menteri Dalam
Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, anggota Kabinet, diplomat asing dan pegawai kanan kerajaan.

JEMPUTAN PERDANA MENTERI

Lawatan Modi ke Malaysia adalah atas jemputan Perdana Menteri dan bertujuan membalas lawatan
rasmi Anwar ke India pada Ogos 2024.

Selepas upacara sambutan, Modi
menandatangani buku pelawat sebelum menghadiri mesyuarat dua hala dan jamuan tengah hari bersama Anwar di Kompleks Seri Perdana.

Kata Anwar dalam perkongsian di FB, medan ini sudah pasti menjadi ruang untuk memperkukuh persahabatan dan kerjasama erat antara Malaysia dan India dalam pelbagai lapangan penting. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *