
9 Feb 2026
Kementerian Dalam Negeri (KDN) komited memastikan isu kewarganegaraan diselesaikan secara adil, telus dan berperikemanusiaan, demi memberi kepastian masa depan kepada rakyat.
Melalui pendekatan sistematik dan gerak kerja agresif, sebanyak 52,444 keputusan telah dikeluarkan sejak Disember 2022 hingga Disember 2025 โ satu pencapaian yang menyamai hampir lapan (8) tahun prestasi terdahulu dalam tempoh hanya tiga (3) tahun.
Prestasi tahunan turut melebihi KPI yang ditetapkan, membuktikan keupayaan reformasi pentadbiran yang berkesan dan berfokuskan rakyat.
Kini, baki hanya 3,738 permohonan, dan KDN menjamin penyelesaian sepenuhnya dalam tahun ini, agar tiada lagi rakyat yang terpinggir daripada hak dan kepastian status kewarganegaraan.
Ini adalah usaha berterusan Kerajaan MADANI untuk memastikan keadilan sosial, kemanusiaan dan kesejahteraan rakyat terus menjadi keutamaan.
Sumber:
YB Menteri Dalam Negeri
Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja, Mesyuarat Pertama Penggal Kelima, Parlimen Ke-15, Dewan Rakyat
9 Februari 2026
