








10 FEB 2026
PUTRAJAYA : Kementerian Digital hari ini menyeru
semua agensi dan jabatan kerajaan untuk bersinergi memacu transformasi
digital sektor awam menerusi pelaksanaan Polisi Pendigitalan Data Sektor
Awam (PPDSA) serta peluasan platform Malaysian Government Central Data
Exchange (MyGDX) yang diterajui oleh Jabatan Digital Negara (JDN).
Dengan mengangkat tema Digital Automation through Technological
Advancement (D.A.T.A), peluncuran kedua-dua polisi dan platform tersebut
yang disempurnakan oleh Menteri Digital, Gobind Singh
Deo hari ini amat signifikan bagi membuktikan komitmen proaktif Kementerian
sebagai peneraju agenda pendigitalan negara dalam usaha mempertingkatkan
kecekapan penyampaian perkhidmatan awam.
MENANGANI RISIKO KETIDAKSERAGAMAN DALAM TADBIR URUS DATA
PPDSA dibangunkan khusus untuk menangani risiko ketidakseragaman dalam
tadbir urus data dan ketidakselarasan maklumat merentas agensi Kerajaan
yang seterusnya menjejaskan integriti data serta kualiti pembuatan keputusan
kritikal di peringkat tertinggi. Standard baharu diperkenal yang tertumpu kepada
infrastruktur serta penekanan ke atas kesahihan dan kebolehpercayaan data
yang dikongsi serta kemampanan sistem untuk tempoh jangka panjang.
Keberhasilan polisi ini membuka ruang kepada pemanfaatan teknologi Agentic
AI, yang akan disokong oleh barisan penjawat awam yang kompeten dan mahir
digital.
Sementara turut , Majlis peluncuran hari ini menampilkan dua sesi utama iaitu melibatkan majlis peluncuran rasmi pada sebelah pagi manakala sesi kedua ialah Pocket Talk yang memberi tumpuan kepada penerangan serta perkongsian berhubung produk digital utama Jabatan Digital Negara (JDN).
