MyCC LANCAR KAJIAN PASARAN EKOSISTEM EKONOMI DIGITAL DI BAWAH AKTA PERSAINGAN 2010

KUALA LUMPUR, 10 FEBRUARI 2026 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melalui agensi Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) hari ini telah melancarkan Kajian Pasaran Ekosistem Ekonomi Digital di bawah Akta Persaingan 2010 (Akta 712). Kajian ini dilaksanakan sejajar dengan kefungsian KPDN untuk mewujudkan ekosistem perdagangan dalam negeri yang mampan dan progresif khususnya kepentingan pasaran yang adil dan sihat sekali gus melindungi pengguna.

Majlis pelancaran yang dirasmikan oleh YB Menteri, Datuk Armizan Mohd Ali ini berlangsung di ParkRoyal Collection Kuala Lumpur dengan penyertaan kira-kira 300 orang peserta yang terdiri daripada wakil kementerian dan agensi Kerajaan, pemain industri, pertubuhan pengguna dan institusi akademik.

Kajian ini penting bagi menilai struktur pasaran serta amalan perniagaan dalam sektor ekonomi digital yang berpotensi memberi kesan terhadap ekosistem persaingan, pilihan pengguna, harga barangan dan perkhidmatan serta percukaian di Malaysia.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *