πŠπ„πŒπ€π‰π”π€π ππ‘πŽπ‰π„πŠ 𝐄𝐂𝐑𝐋 𝐂𝐀𝐓𝐀𝐓 πŸ—πŸ.πŸ• 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐓𝐔𝐒, π“π”πŒππ”π€π 𝐊𝐈𝐍𝐈 𝐅𝐀𝐒𝐀 ππ„π‘π’πˆπ€ππ€π πŽππ„π‘π€π’πˆ

11 Feb 2026

Projek mega negara, Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) mencatat kemajuan pembinaan 91.7 peratus setakat Januari lepas dengan tumpuan kini beralih kepada persiapan operasi, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Beliau berkata dengan ketibaan tren elektrik pelbagai gerabak (EMU) dan lokomotif elektrik (E-Loco) yang pertama di Malaysia, ia sekali gus menandakan projek infrastruktur nasional bernilai RM50.27 bilion itu telah memasuki fasa yang lebih penting.

“Dengan penerimaan EMU dan E-Loco maka kita akan memulakan fasa penting iaitu ujian dan pertauliahan (tren) yang mana ini selari dengan perancangan keseluruhan projek itu dan kita jangkakan bahawa jadual dirancang iaitu ECRL dapat beroperasi pada Januari tahun depan dapat dicapai.

“Sudah tentu beberapa bulan baki ini akan digunakan sepenuhnya untuk segala ujian dan sebagainya, saya harapkan bahawa keseluruhan projek ini berjalan lancar.”

Sumber berita : BERNAMA

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *