


Oleh: Sholina Osman
13 FEB. 2026
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
(MCMC) hari ini memulakan Rundingan Awam berhubung cadangan kerangka kawal selia bagi Pelan Keselamatan Dalam Talian (Online Safety Plan).
Kenyataan media MCMC memaklumkan bahawa ini termasuk draf Kod Pengurangan Risiko dan Kod Perlindungan Kanak-Kanak sebagai sebahagian daripada pelaksanaan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025
(ONSA).
Kerangka kawal selia dan draf kod yang dicadangkan bertujuan mempertingkatkan keupayaan platform dalam talian mengurus risiko keselamatan, dengan penekanan
khusus terhadap perlindungan kanak-kanak, keluarga dan golongan rentan.
Kerangka kawal selia dan draf kod tersebut menetapkan keperluan yang jelas kepada penyedia perkhidmatan untuk mengambil langkah munasabah dan berkesan bagi mengurangkan kemudaratan dalam talian secara praktikal.
EKOSISTEM DALAM TALIAN
Melalui Rundingan Awam ini, MCMC membuka ruang kepada orang awam untuk bersama-sama membentuk ekosistem dalam talian yang lebih selamat, termasuk mendapatkan pandangan berhubung keberkesanan dan kebolehlaksanaan langkah-langkah untuk meningkatkan tahap perlindungan keselamatan dalam talian.
Orang awam, pemain industri, organisasi masyarakat sivil serta pihak berkepentingan dialu-alukan untuk meneliti dokumen rundingan dan mengemukakan maklum balas.
Selain itu orang awam dijemput untuk meneliti dokumen rundingan dan mengemukakan maklum balas bertulis kepada MCMC, sama ada secara fizikal atau dalam bentuk
elektronik, selewat-lewatnya pukul 5.00 petang pada 13 Mac 2026.
Untuk maklumat lanjut kepada dokumen rundingan awam mengenai:
- Cadangan kerangka kawal selia bagi Pelan Keselamatan Dalam Talian, sila layari https://mcmc.gov.my/en/onsa/media/announcements/public-
consultation-on-the-online-safety-plan - Draf Kod Pengurangan Risiko dan Kod Perlindungan Kanak-Kanak, sila layari https://mcmc.gov.my/en/onsa/media/announcements/public-
consultation-on-the-codes-of-the-duties-und – JM
