
Wartawan JM
Foto AFP
13 FEB. 2026
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Pengerusi Parti Nasionalis Bangladesh (BNP) Tarique Rahman di atas kemenangan partinya dalam pilihan raya umum negara itu.
Beliau menyifatkan ini sebagai satu kejayaan demokrasi.
“Rakyat Bangladesh telah melaksanakan mandat dengan jelas menerusi peti undi walaupun menghadapi cabaran yang luar biasa,” kata beliau dalam hantaran di FB.
INGIN MERAKAMKAN PENGHARGAAN
“Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada sahabat saya, Dr Muhammad Yunus, atas kepimpinan beliau sebagai Ketua Penasihat semasa peralihan penting ini dan untuk memastikan proses demokrasi berjalan lancar,” kata beliau.
Anwar berkata Malaysia berharap dapat bekerjasama dengan kepimpinan baharu Bangladesh untuk membawa tenaga baharu kepada hubungan dua hala.
“Saya bersama rakyat Malaysia menyampaikan salam hormat dari kami kepada rakyat Bangladesh,” tambah Perdana Menteri. – JM
