𝗦𝗠𝗔π—₯𝗧 π—˜π—‘π—™π—’π—₯π—–π—˜π— π—˜π—‘π—§ π—žπ——π—‘ | 𝗔𝗣𝗠𝗠 π—§π—¨π— π—£π—”π—¦π—žπ—”π—‘ π—¦π—œπ—‘π——π—œπ—žπ—˜π—§ 𝗗𝗔𝗗𝗔𝗛 𝗔𝗑𝗧𝗔π—₯π—”π—•π—”π—‘π—šπ—¦π—”

KUANTAN, Pahang, 12 Februari 2026, Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) terus memperkukuh pendekatan Smart Enforcement yang tegas, strategik dan berteraskan rakyat apabila berjaya menggagalkan cubaan penyeludupan dadah antarabangsa di perairan Pahang.

Operasi khas ini merekodkan kejayaan terbesar dengan rampasan kira-kira 1.572 tan syabu serta keseluruhan nilai rampasan dianggarkan RM83.75 juta, melibatkan 2 buah kapal, 50,000 liter minyak diesel dan penahanan 18 kru termasuk nakhoda.

KESELAMATAN PERAIRAN NEGARA

Kejayaan ini membuktikan usaha berterusan KDN dalam memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara, sekali gus melindungi masa depan anak bangsa daripada ancaman jenayah rentas sempadan. Pendekatan penguatkuasaan bersepadu ini selari dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan keselamatan, kesejahteraan dan kepercayaan rakyat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah maritim diseru untuk menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa bagi memastikan perairan negara kekal selamat dan berdaulat.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *