
14 Feb 2026
(Info Ringkas)
Projek RTS Link bakal menjadi pemangkin baharu mobiliti rentas sempadan dengan masa perjalanan kurang daripada 5 minit antara dua negara.
Sistem rel moden ini menyasarkan kapasiti sehingga 10,000 penumpang bagi setiap arah setiap jam, sekali gus membantu mengurangkan kesesakan sedia ada di pintu masuk Malaysia–Singapura.
Inisiatif ini bukan sahaja mempercepatkan perjalanan harian rakyat Malaysia yang berulang-alik bekerja di Singapura, malah memperkukuh kecekapan kawalan sempadan melalui pendekatan fasilitasi yang lebih moden, selamat dan tersusun selari aspirasi Malaysia MADANI.
RTS Link mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam menyediakan sistem pengangkutan awam yang cekap, bersepadu dan berorientasikan rakyat.
