




.
๐๐๐ ๐๐ก๐ฆ๐๐ฅ๐, ๐ญ๐ฐ ๐๐ฒ๐ฏ๐ฟ๐๐ฎ๐ฟ๐ถ – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah menyertai Mesyuarat Combined Maritime Working Group (CMWG) ke-84 antara Malaysia dan Thailand yang berlangsung dari 10 hingga 12 Februari 2026 di Royale Chulan Hotel Damansara.
Delegasi Maritim Malaysia diketuai oleh Timbalan Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim, Laksamana Pertama Maritim Vincent a/l Rajamony bersama Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli bin Mustafa serta Pengarah Maritim Negeri Kelantan, Kepten Maritim Kamal bin Mohamad.
Mesyuarat berkenaan dipengerusikan bersama oleh Panglima Wilayah Laut 1 merangkap Malaysian Joint Chairman (MJC CMWG), Laksamana Muda Azman bin Rabani serta rakan sejawatnya, Commander of 2nd Naval Area Command merangkap Thailand Joint Chairman (TJC CMWG), Vice Admiral Tepparit Laplua.
CMWG merupakan platform strategik di bawah Jawatankuasa Sempadan Wilayah (Regional Border Committee โ RBC) yang berperanan memperkukuh kerjasama pertahanan dan keselamatan maritim antara Malaysia dan Thailand.
Perbincangan mesyuarat meliputi pelbagai isu keselamatan perairan termasuk ancaman jenayah rentas sempadan, pelaksanaan operasi bersama, pertukaran maklumat serta pelaksanaan latihan bilateral antara kedua-dua negara.
Kemuncak mesyuarat menyaksikan majlis menandatangani Minit Mesyuarat CMWG ke-84 serta pertukaran cenderamata rasmi antara kedua-dua pengerusi bersama sebagai simbol komitmen berterusan dalam memperkukuh hubungan dua hala dan memastikan keselamatan maritim serantau terus terpelihara.
