PMX santuni masyarakat di Dewan Terbuka Masjid Al-Taufiqiah, Padang Rengas

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
15 FEB 2026

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar
Ibrahim menyantuni masyarakat di Dewan Terbuka Masjid Al-Taufiqiah, Padang Rengas.

Beliau menegaskan bahawa Ramadan harus menjadi medan memperkukuh perpaduan dan membina akhlak, bukan ruang untuk bertelagah atau menabur penghinaan.

“Dalam kesibukan urusan rasmi dan tanggungjawab harian, kita wajib menyematkan kesedaran untuk membuat persiapan rapi menyambut Ramadan al-Mubarak, agar bersama-sama kita mengangkat darjat ketakwaan kepada Allah SWT dan memperteguh nilai ihsan dalam masyarakat,” kata beliau.

Pada kesempatan itu, Anwar mengumumkan beberapa inisiatif dari Kerajaan MADANI demi kesejahteraan setempat:

  • RM2 juta bagi pembinaan Masjid Al-Muttaqin
  • RM200,000 kepada Maahad Al-Yahyawiah
  • RM140,000 kepada 28 masjid sekitar Parlimen Padang Rengas bagi program Ramadan
  • RM60,000 untuk pelaksanaan Program Dapur MADANI peringkat Padang Rengas

“Insya-Allah, Kerajaan MADANI akan terus menggandakan ikhtiar membantu rakyat di setiap peringkat, sambil memastikan nama Malaysia terus diangkat dengan bermaruah di persada dunia,” kata beliau dalam hantaran di FB. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *