PMX umum peruntukan tambahan RM20 juta kepada SMJKC seluruh negara

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
15 FEB 2026

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar
Ibrahim mengumumkan peruntukan tambahan RM20 juta kepada Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJKC) di seluruh negara bagi menambah baik kemudahan dan keperluan asas sekolah.

Beliau berkata pemberian peruntukan itu sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memperkukuh sektor pendidikan, serta memastikan kemudahan sekolah terus dipertingkatkan, selaras dengan prinsip Malaysia MADANI.

“Mudah-mudahan usaha ini menjadi pemangkin kepada kemajuan institusi pendidikan negara, seterusnya mengangkat martabat dan kualiti anak-anak kita agar setanding dengan negara-negara maju di persada dunia,” kata Anwar dalam perkongsian di FB.

Terdahulu semasa di Ipoh, beliau turut menyantuni kira-kira 3,000 pelajar dari 16 buah sekolah di Parlimen Tambun, ibu bapa dan pihak pengurusan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJKC) Yuk Choy dalam Majlis Sumbangan Kasih MADANI Parlimen Tambun sempena Tahun Baru Cina dan sambutan Ramadan yang bakal diraikan tidak lama lagi.

Dalam ucapan, beliau menyeru anak-anak murid agar terus memelihara budaya hormat-menghormati, memuliakan semua golongan tanpa mengira latar, serta menanam sifat rendah diri sebagai asas pembentukan sahsiah dan keperibadian unggul. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *