๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ PELAN INDUK KAWALAN KESELAMATAN SEMPADAN NEGARA KDN 2026โ€“2030

15 Feb 2026

Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus memperkukuh kesiapsiagaan negara melalui pelaksanaan Pelan Induk Kawalan Keselamatan Sempadan Negara 2026โ€“2030, yang memfokuskan kepada pendekatan strategik dan integrasi operasi agensi penguatkuasaan secara menyeluruh.

๐Ÿ’ฌKENYATAAN YB MENTERI DALAM NEGERI

“KDN komited memastikan keselamatan sempadan negara diperkasa secara menyeluruh melalui integrasi agensi, penggunaan teknologi pintar serta pendekatan people-centric demi melindungi kedaulatan negara dan kesejahteraan rakyat.”

  • YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri.

Pelan ini dilaksanakan melalui dua (2) fokus strategi, lima belas (15) program strategik serta pendekatan lima (5) sempadan hadapan negara, melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), ESSCOM dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Pendekatan Smart Enforcement ini bukan sahaja memperkukuh kawalan keselamatan negara, malah memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan melalui tindakan yang bersepadu, cekap dan berimpak tinggi.

Pelaksanaan pelan induk ini menjadi manifestasi kesungguhan KDN dalam memperkukuh pertahanan sempadan negara secara strategik, selari dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *