Populasi Malaysia Cecah 34.3 Juta Rakyat Dilindungi, Identiti Terjamin

15 Feb 2026

Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus komited memastikan setiap rakyat dilindungi melalui pengurusan identiti yang cekap, keselamatan dalam negeri yang kukuh serta perkhidmatan berteraskan rakyat.

💬KENYATAAN YB MENTERI DALAM NEGERI

“Pertumbuhan populasi negara menuntut sistem keselamatan dan pengurusan identiti yang lebih cekap serta inklusif. KDN komited memastikan setiap rakyat menikmati perlindungan, keselamatan dan perkhidmatan kerajaan yang berfokuskan manusia.”
-YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri

Data terkini menunjukkan populasi Malaysia mencecah 34.3 juta penduduk, mencerminkan pertumbuhan negara yang dinamik serta keperluan memperkukuh sistem pendaftaran, keselamatan komuniti dan kesejahteraan sosial secara menyeluruh.

Melalui pendekatan People-Centric dan Smart Enforcement, KDN akan terus memperkasa peranan agensi di bawahnya dalam memastikan setiap kelahiran direkodkan, setiap identiti dilindungi dan setiap komuniti hidup dalam suasana yang selamat serta harmoni selaras aspirasi Malaysia MADANI.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *