



PULAU TIOMAN, 17 Februari 2026 β Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Riβayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah bertitah agar Pulau Tioman perlu diletakkan sebagai keutamaan utama dalam agenda pembangunan negeri dan tidak boleh lagi dianggap sebagai kawasan yang βjauh di mataβ sehingga terlepas daripada perhatian sewajarnya.
Paduka Baginda bertitah, keberangkatan ke pulau berkenaan bukan sahaja untuk bersama rakyat menyambut kedatangan Ramadan, malah bagi melihat sendiri keadaan semasa serta perkembangan pembangunan di kawasan itu.
βSaya hadir di sini dengan tujuan nak bersama rakyat saya di Pulau Tioman ini menyambut kedatangan bulan Ramadan. Dalam pada itu, ini kesempatan untuk berjumpa dan melihat sendiri keadaan di Pulau Tioman ini.
βSaya dah katakan dahulu, saya akan letak Pulau Tioman ini sebagai satu keutamaan daripada saya, dan keutamaan ini dari segi serba-serbi (aspek),β titah Paduka Baginda.
Paduka Baginda bertitah demikian ketika berkenan bercemar duli berangkat bercemar duli mendengar persembahan Taklimat Pembangunan Pulau Tioman di Dewan Berjaya Tioman Resort di sini, hari ini.
Keberangkatan Paduka Baginda pada pukul 4 petang diiringi YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah.
Paduka Baginda berkenan mendengar persembahan taklimat daripada Pengurus Besar Lembaga Pembangunan Tioman (TDA) serta Program Pembangunan Ekonomi Asnaf oleh Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam dan Adat Melayu Pahang (MUIP).
Paduka Baginda di dalam titah menegaskan Pulau Tioman merupakan aset dan permata bagi negeri Pahang yang perlu dipelihara serta dibangunkan secara terancang.
βJangan kita sebagai kerajaan, sebagai Yang Berhormat, Pegawai Daerah, wakil rakyat atau Ketua Jabatan menganggap Pulau Tioman ini jauh di mata dan tidak diberi keutamaan. Please no more that attitude mentality.
βWe must always look at the needs of the people of Tioman,β titah Paduka Baginda.
Paduka Baginda turut menzahirkan kebimbangan terhadap tahap infrastruktur asas di pulau berkenaan yang menurut Baginda masih ketinggalan berbanding kawasan lain.
βKalau kita bandingkan dari segi infrastruktur, Pulau Tioman ini masih lagi kebelakangan dari segi kemudahan asas. Jalan tidak begitu sempurna, elektrik tidak begitu sempurna, air tidak begitu sempurna dan rumah-rumah pun ada yang tidak begitu sempurna.
βSudah sampai masanya segala tumpuan perlu diberi kepada Pulau Tioman ini,β titah Paduka Baginda. -KESULTANAN PAHANG
HRH THE SULTAN OF PAHANG URGES PULAU TIOMAN TO BE GIVEN COMPREHENSIVE PRIORITY
PULAU TIOMAN, February 17, 2026 β His Royal Highness the Sultan of Pahang, Al-Sultan Abdullah Riβayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah, has stressed that Pulau Tioman must be placed as a top priority in the stateβs development agenda and should no longer be regarded as a βfarawayβ area, thus receiving insufficient attention.
His Royal Highness explained that his visit to the island was not only to join the people in welcoming the holy month of Ramadan but also to personally observe the current situation and development progress in the area.
βI am here to be with my people in Pulau Tioman in welcoming the month of Ramadan. At the same time, this is an opportunity to meet and see firsthand the conditions in Pulau Tioman. I have said before, I will make Pulau Tioman a priority from my side, and this priority covers all aspects,β His Royal Highness said.
The titah was delivered during His Royal Highnessβs working visit to attend the Pulau Tioman Development Briefing at Dewan Berjaya, Tioman Resort, today.
His Royal Highness arrived at 4 p.m. was accompanied by His Highness Tengku Panglima Raja Brigadier General Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah.
During the briefing, His Royal Highness listened to presentations by the General Manager of the Tioman Development Authority (TDA) and the Economic Development Program for Asnaf by the Chief Executive Officer of the Pahang Islamic Religious and Malay Customs Council (MUIP).
His Royal Highness emphasized that Pulau Tioman is a valuable asset and a gem of the state of Pahang that must be preserved and developed in a well-planned manner.
βLet us not, as the government, elected representatives, district officers, or department heads, consider Pulau Tioman as far away and therefore not give it priority. Please no more that attitude mentality. We must always look at the needs of the people of Tioman,β His Royal Highness said.
His Royal Highness also expressed concern over the islandβs basic infrastructure, which he said remains behind compared to other areas.
βIf we compare in terms of infrastructure, Pulau Tioman is still lagging in basic facilities. Roads are not in perfect condition, electricity is not fully reliable, water supply is incomplete, and some houses are not in good condition. It is time that full attention is given to Pulau Tioman,β His Royal Highness said. -KESULTANAN PAHANG
