PERKARA 15(2): KEWARGANEGARAAN TERJAGA, RAKYAT DIUTAMAKAN

18 Feb 2026

(Info Ringkas)

Kementerian Dalam Negeri (KDN) sentiasa komited memastikan setiap permohonan kewarganegaraan di bawah Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan diproses secara telus, teratur dan berlandaskan undang-undang.

💬 KENYATAAN YB MENTERI DALAM NEGERI

“Pendekatan KDN dalam memproses permohonan kewarganegaraan sentiasa berpaksikan prinsip people-centric, dengan keseimbangan antara hak individu, kepastian undang-undang serta keselamatan negara.”

  • YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri.

Keperluan dokumen persetujuan daripada bapa bukan warganegara bukanlah bertujuan menyukarkan pemohon. Sebaliknya, ia merupakan langkah perlindungan penting bagi menjamin kepastian undang-undang (legal certainty), mengelakkan pertikaian hak penjagaan serta memastikan status kewarganegaraan anak kekal kukuh pada masa hadapan.

Pendekatan ini selari dengan prinsip Malaysia yang tidak mengiktiraf dwikewarganegaraan, sekali gus melindungi kepentingan ibu dan anak daripada risiko konflik perundangan antarabangsa.

Sumber:
Pertanyaan Lisan, Dewan Rakyat
Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima
Parlimen Kelima Belas Tahun 2026
10 Februari 2026

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *