𝐉𝐒𝐉𝐍 π“π”πŒππ€π’πŠπ€π 𝐃𝐔𝐀 π’πˆππƒπˆπŠπ„π“ 𝐃𝐀𝐃𝐀𝐇 π“π„πŒππ€π“π€π & 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 π‘π€πŒππ€π’π€π 𝐃𝐀𝐃𝐀𝐇 & π’πˆπ“π€π€π 𝐇𝐀𝐑𝐓𝐀 ππ„π‘ππˆπ‹π€πˆ π‘πŒπŸπŸ 𝐉𝐔𝐓𝐀

Shah Alam, Selangor, 19 Februari 2026 (Khamis) – YDH CP Dato’ Hussein Omar Khan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Polis Diraja Malaysia melalui satu sidang media memaklumkan JSJN terus mencatat kejayaan besar apabila berjaya menumpaskan dua (2) sindiket pengedaran dadah aktif di sekitar Selangor, Kuala Lumpur serta perairan Selangor dan Selat Melaka hasil risikan bersepadu dan tindakan penguatkuasaan berterusan.

KEJAYAAN PERTAMA | OP BENA (JSJN BUKIT AMAN)

Pada 12 Februari 2026, JSJN Bukit Aman telah melaksanakan empat (4) serbuan berasingan dan berjaya menahan lima (5) individu tempatan berumur 31 hingga 37 tahun.

πŸ”Ή Rampasan melibatkan pelbagai jenis dadah termasuk methamphetamine, heroin, MDMA, ganja, ekstasi dan Erimin 5
πŸ”Ή Nilai rampasan dadah: RM8.4 juta
πŸ”Ή Anggaran kerosakan kepada masyarakat: 793,000 orang
πŸ”Ή Sindiket aktif sejak Julai 2025, menggunakan kaedah dadah ditinggalkan dalam kenderaan di lokasi tertentu
πŸ”Ή Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952

Tindakan sitaan harta turut diambil melibatkan kenderaan mewah, barang kemas dan wang tunai dengan nilai keseluruhan RM500,000, menjadikan jumlah keseluruhan rampasan dan sitaan RM8.9 juta.

KEJAYAAN KEDUA | OPS TAPIS (BSJND SABAK BERNAM)

Dalam operasi berasingan pada tarikh sama, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Sabak Bernam berjaya menumpaskan sindiket dadah melibatkan warga asing yang beroperasi melalui laluan laut.

πŸ”Ή Tiga (3) suspek ditahan hasil dua serbuan di sekitar Sekinchan
πŸ”Ή Rampasan dadah jenis methamphetamine, ekstasi dan MDMA
πŸ”Ή Turut dirampas senjata api dan peluru
πŸ”Ή Nilai rampasan dadah: RM12.6 juta
πŸ”Ή Anggaran kerosakan kepada masyarakat: 830,000 orang
πŸ”Ή Sindiket aktif sejak awal tahun 2021, menggunakan bot pancung untuk penghantaran ke negara jiran
πŸ”Ή Disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971

Sitaan harta melibatkan wang tunai dan barangan kemas bernilai RM49,000 turut diambil.

Turut hadir, YDH DCP Datuk Mat Zani @ Mohd Salahuddin bin Che Ali, Timbalan Pengarah Narkotik (Risikan/Operasi), YDH DCP Mohd Zaini bin Abu Hassan, Timbalan Ketua Polis Selangor, YDH Datuk Dr. Jasmirol bin Jamaluddin, Ketua Penolong Pengarah Narkotik (Risikan/Operasi), YDH ACP Mohd Faisal bin Mohd Noor, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, YDH ACP Haslah binti Bachok, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur serta barisan pegawai kanan JSJN Bukit Aman, IPK Selangor dan IPK Kuala Lumpur.

Kejayaan ini adalah hasil risikan berterusan JSJN serta kerjasama orang awam. PDRM menegaskan tiada kompromi terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti dadah yang mengancam keselamatan rakyat serta maruah negara.

Orang ramai diseru menyalurkan maklumat berkaitan dadah melalui
Hotline JSJN: 012-208 7222

✦ 𝐉𝐒𝐉𝐍 ππ„π‘π€ππ†πˆ 𝐃𝐀𝐃𝐀𝐇, π‹πˆππƒπ”ππ†πˆ π†π„ππ„π‘π€π’πˆ ✦

JSJN

PDRM

PerangDadah

DadahMusuhNegara

HapuskanDadah

BanterasDadah

KeselamatanNegara

TegasTanpaKompromi

OperasiNarkotik

SayNoToDrugs

MalaysiaBebasDadah

Jurugambar : KPL Mohd Khairul Azri bin Juhari & KPL Mohd Khairuddin bin Shafie

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *