



19 Feb 2026
Putrajaya:
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyertai solat jenazah bekas Ketua Hakim Negara, Allahyarham Tun Abdul Hamid Mohamad, di Surau Taman Selatan, Presint 20, hari ini.
Perdana Menteri yang tiba pada jam 4.50 petang turut disertai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan; Ketua Hakim Negara, Datuk Seri Wan Ahmad Farid Wan Salleh; Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Mohd Radzi Md Jidin; serta bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed.
Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20 selepas disolatkan kira-kira 200 jemaah dan diimamkan Imam Masjid Mahmudiah Presint 18, Ustaz Rafuwan Putra Affendi.
Allahyarham meninggal dunia pada usia 83 tahun di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), tengah hari tadi.
Sumber – Berita BERNAMA
