
20 Feb 2026
Sepang : Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong berlepas pulang malam ini selepas menamatkan lawatan khas ke Malaysia.
Wong diberikan upacara perlepasan permaidani merah dan kawalan kehormatan oleh Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja diketuai Kapten Syed Muhamad Nabil Syed Hassan.
Penerbangan Malaysia Airlines MH609 yang membawa Wong dan delegasinya berlepas dari Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 11.17 malam.
