
Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
21 FEB. 2026
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghubungi Perdana Menteri Bangladesh yang baharu, Tarique Rahman bagi menyampaikan ucapan tahniah atas mandat besar yang diperoleh dalam Pilihan Raya Parlimen ke-13 baru-baru ini.
Anwar berkata menerusi perbualan telefon itu beliau turut menzahirkan penghormatan kepada rakyat Bangladesh atas kematangan mereka mempertahankan proses demokrasi yang berlangsung secara aman dan teratur.
Malah kata beliau Malaysia menantikan kerjasama erat dengan kepimpinan baharu Bangladesh dalam memperkukuh serta mengangkat hubungan dua hala ke tahap y
Beliau juga mengambil kesempatan menjemput Tarique mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia pada masa yang sesuai.
“Semoga hubungan persahabatan Malaysia dan Bangladesh terus diperkukuh demi manfaat bersama kedua-dua negara,” kata beliau dalam hantaran di FB. – JM
