
KUANTAN, 21 Februari 2026 β Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Riβayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj menzahirkan rasa dukacita dan simpati yang amat mendalam atas pemergian seorang anggota tentera yang meninggal dunia semalam.
Mangsa, Truper K. Indiran, 22, yang sedang mengikuti kursus di Rejimen Pertama, Kor Armor Diraja, Kem Batu 10, di sini, dilaporkan meninggal dunia selepas menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).
Menurut laporan, mendiang ditemukan tidak sedarkan diri pada Rabu lalu di kem berkenaan sebelum dikejarkan ke HTAA untuk mendapatkan rawatan lanjut. Namun, segala usaha perubatan tidak dapat menyelamatkan beliau.
Paduka Baginda berdua menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga mendiang dan berharap agar mereka tabah serta sabar menghadapi ujian yang amat berat ini.
Paduka Baginda berdua turut menzahirkan harapan agar keluarga mendiang terus cekal dan bersatu hati, serta menyerahkan segala urusan kepada pihak berwajib untuk menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian tersebut. Paduka Baginda berdua menegaskan bahawa pengorbanan anggota keselamatan negara sentiasa dihargai dan dikenang.
Kebawah Duli Paduka Baginda berdua juga menzahirkan penghargaan atas khidmat bakti mendiang kepada negara serta berharap agar keluarga yang ditinggalkan diberikan kekuatan, ketenangan dan dipermudahkan segala urusan dalam menghadapi saat-saat yang sukar ini. -KESULTANAN PAHANG
ββ-
HRH THE SULTAN PAHANG AND HTH THE TENGKU AMPUAN OF PAHANG EXTEND CONDOLENCES TO THE FAMILY OF THE LATE TRUPER K.INDIRAN
KUANTAN, February 21, 2026 β His Royal Highness the Sultan of Pahang, Al-Sultan Abdullah Riβayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah, and Her Royal Highness the Tengku Ampuan of Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj, have expressed their deepest sorrow and heartfelt sympathy over the passing of a soldier who died yesterday.
The victim, Truper K. Indiran, 22, who was undergoing training at the Rejimen Pertama, Kor Armor Diraja, Kem Batu 10, here, was reported to have passed away after receiving treatment at Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).
According to reports, the late trooper was found unconscious last Wednesday at the camp before being rushed to HTAA for further medical treatment. However, all medical efforts to save him were unsuccessful.
Their Royal Highnesses conveyed their condolences to the entire family of the deceased and expressed hope that they remain strong and patient in facing this very difficult trial.
Their Royal Highnesses also expressed hope that the family will continue to stay resilient and united, and to leave all matters to the relevant authorities to conduct a thorough investigation into the incident. They further emphasized that the sacrifices of the nationβs security personnel are always appreciated and remembered.
Their Royal Highnesses also conveyed their appreciation for the late trooperβs service and dedication to the nation, and prayed that the bereaved family be granted strength, peace, and ease in managing all affairs during this challenging time. -KESULTANAN PAHANG
