





22 Feb 2026
Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) pada hari ini (22 Februari), santuni golongan memerlukan menerusi program berbuka puasa dengan kerjasama Sedap Corner Sdn Bhd.
Majlis itu meraikan seramai 100 orang anak-anak daripada tiga pusat jagaan di sekitar Johor Bahru yang terdiri daripada Pusat Jagaan Kanak-Kanak TBQ Amal, Pusat Jagaan Asrama Kebajikan Ar Rayyan dan Pusat Jagaan Rumah Perlindungan Fitrah Qaseh.
Hadir sama, Datoβ Avinderjit Singh, Pemegang Amanah Urusan YSIJ; Mohd Anizam Jamian, Ketua Pegawai Eksekutif YSIJ dan Alisa Lambertkittikul, Pengarah Sedap Corner Sdn Bhd.
YSIJ juga menyerahkan set kurma dan kekacang serta sumbangan Ramadan kepada setiap anak-anak.
Bantuan bernilai RM2,000 kepada setiap pusat jagaan turut disumbangkan bagi kegunaan pengurusan dan kebajikan penghuni.
Sedap Corner merupakan restoran yang telah bertapak di Johor sejak tahun 1987.
