MAJLIS PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI BERSAMA YB MENTERI DALAM NEGERI BAGI TAHUN 2026

Putrajaya, 23 Februari 2026 – Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni Bersama YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri bagi Tahun 2026 telah dianjurkan sebagai salah satu usaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam memperkukuh budaya kerja yang berteraskan integriti, amanah dan akauntabiliti dalam kalangan warga kementerian.

Bertepatan dengan keberkatan bulan Ramadan Al-Mubarak, majlis ini turut diisi dengan bacaan doa serta tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Marwan Bukhari bin A Hamid, Panel Pakar Pembangunan Indeks Maqasid Syariah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Pengisian rohani ini bukan sahaja menyemarakkan penghayatan nilai-nilai murni, malah menjadi wadah untuk mempererat ukhuwah serta memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan warga KDN.

Majlis turut menyaksikan sesi penyampaian sumbangan yang telah disempurnakan oleh YB Menteri Dalam Negeri bersama Penaung PUSPANITA Kementerian Dalam Negeri kepada warga kementerian. Selain itu, YB Menteri turut menyampaikan sumbangan zakat wakalah kepada warga yang layak.

Penganjuran majlis ini mencerminkan komitmen berterusan KDN dalam melahirkan warga kerja yang beretika, profesional dan berintegriti tinggi, selaras dengan usaha memperkukuh penyampaian perkhidmatan kepada rakyat serta mendukung aspirasi Malaysia MADANI.

Majlis ini turut dihadiri oleh barisan Pengurusan Tertinggi Kementerian Dalam Negeri, warga kerja KDN serta rakan-rakan media yang bersama-sama memeriahkan program tersebut.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *